MZ CONSULTING, EJEN CUKAI YANG DIYAKINI

Kami bantu anda sediakan laporan cukai tahunan untuk dihantar ke LHDN

Kami mempunyai pengalaman menguruskan pelepasan cukai. Oleh itu kami tahu bagaimana untuk merancang cukai anda dan memberi penjimatan yang sah di sisi undang-undang!

Apakah itu percukaian?

Perundingan cukai dan perancangan cukai adalah satu bidang yang kompleks dan khusus dan tak ramai individu dan syarikat ada kepakaran untuk tujuan tersebut.

Menggaji staf sepenuh masa pula akan meningkatkan kos kepada syarikat.

Pasukan kami terdiri daripada perunding cukai yang berpengalaman dengan sistem cukai di Malaysia.

Hampir setiap transaksi perniagaan atau pelaburan akan memberi kesan terhadap cukai. Sama ada melibatkan saham, hartanah, aset mahupun strategi kewangan yang utama.

Meskipun cukai adalah kewajipan dalam hidup, pemfailan pulangan cukai, membuat bayaran dan berunding dengan pihak berwajib tak perlu jadi masalah anda.

Pakar cukai kami bersedia membantu segala cukai korporat mahupun cukai peribadi anda.

Cukai Korporat

Pematuhan Cukai

Dengan bebanan untuk mengira cukai terletak pada bahu syarikat, kami menawarkan kepakaran kami untuk memfailkan pulangan cukai dengan tepat dan pada masa yang ditetapkan.

Pasukan Pakar Pematuhan Cukai kami berpengalaman memberi nasihat berkenaan hal cukai. Kefahaman dan hal duit ini adalah kekuatan kami. 

Kami menawarkan bukan saja pemfailan pulangan cukai, tetapi nilai tambah dalam perkhidmatan kami termasuklah:

Kenapa anda perlukan Khidmat Nasihat & Perancangan Cukai?

Kami bantu ada kurangkan BAYARAN LIABILITI CUKAI

Perancangan cukai ialah bidang yang kompleks terutamanya apabila ada pelbagai isu penting untuk mengoptimakan struktur korporat.

Tanpa nasihat dari profesional, masalah cukai dan undang-undang mungkin akan timbul. 

Dengan MZ Consulting, perancangan cukai akan menjadi lebih mudah dengan cara kami yang praktikal, logik & ringkas.

Kami berhasrat untuk membantu syarikat anda meminimakan cukai korporat dan individu dengan penyelesaian secara kreatif dan kos efektif. 

Terdapat sangat banyak insentif cukai yang ditawarkan di Malaysia untuk IKS dan syarikat multi-nasional. Ia juga berbeza mengikut jenis industri dan juga pengumuman Belanjawan tahunan yang diumumkan oleh pihak Kerajaan.

Cukai Individu

Pematuhan Cukai

Anggaran cukai untuk individu dikira menggunakan LHDN (tidak termasuk gaji).

Anda boleh tahu insentif dan rebat yang boleh digunakan. 

Kami membantu anda dengan penyediaan pemulangan cukai, rayuan, kemaskini dan menasihati anda dengan insentif yang ada.

Kami juga akan berunding dengan LHDN supaya anda tak perlu bayar cukai lebih dari yang sepatutnya.

Perancangan Cukai

Setiap klien kami samada orang tempatan dan luar negara, ingin memaksimumkan manfaat cukai dari pelaburan mereka tanpa perlu bayar liabiliti cukai yang tinggi!

Kami menyediakan nasihat pelaburan berdasarkan bertahun-tahun pengalaman kami dalam bidang kewangan. 

Dengan menyediakan perspektif yang unik berkenaan peluang pelaburan serta kelebihan cukai (serta sebaliknya) kami akan bantu anda mendapatkan pandangan menyeluruh dalam membuat keputusan, sesua dengan profil risiko anda sendiri 

Kenapa Pilih Kami?

Pasukan Berpengalaman

Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun menguruskan cukai Milikan tunggal dan Sendirian Berhad.

Kadar Yang Berpatutan

Sesuai untuk pelbagai peringkat dari individu perseorangan kepada syarikat besar

Bertauliah

Akauntan kami mempunyai tauliah yang diiktiraf oleh BNM, MIA, CTIM

Maklumbalas Pelanggan

Mereka bukan saja buat audit. Mereka juga membimbing & mengajar kita. Kelebihan mereka bukan pada apa yang dia caj tapi lebih dari itu. Mereka telah buat kerja yang begitu lancar & baik.
Bila MZ Consulting bantu, cashflow jadi lancar. Bila lancar, operation & financing bertambah baik. Sesuai dengan moto mereka - focus, efficient & responsibility.

Adakah anda ingin kami bantu dengan khidmat rundingan dan perancangan cukai anda?

Dapatkan khidmat rundingan percuma SEKARANG

Maklumat perhubungan

Hakcipta terpelihara. MZ Consulting & Corporate Services. Oleh Pemasaran digital Malaysia